November 30, 2008

Life? Life? It's Death that makes life worth living for. - Aaron Howard

Maaf dua tiga hari ini aku tak sempat update blog ini. Baru pulang ke rumah, dan belum sehari pun panas punggung, aku sekeluarga ke ICU Hospital Ipoh, menziarahi Pak Ngah, abang mak aku, yang sakit tenat. Terkejut, sebab selama ini tak pernah ada cerita yang Pak Ngah menghidap sakit teruk, kecuali gout.

Dan Pak Ngah pergi meninggalkan kami tengah malam semalam. Allah lebih sayangkan Pak Ngah. Apa yang kami sekeluarga boleh buat selain redha dan mendoakan kesejahteraan rohnya.

Al-Fatihah.

Nanti aku kembali menulis lagi, dan siapkan kad-kad yang tertangguh. Nanti aku baca entri-entri baru blog kamu dan tinggalkan komen, jangan risau. Really need a good sleep right now.

November 28, 2008

Apa Aku Nak Buat Cuti Ini?

Hari ini, peperiksaan aku semester ini berakhir dengan kertas Reactor Design for Petrochemicals. Soalan memang betul-betul mencabar, ditambah dengan period pain yang tiba-tiba, kamu agaklah azab atau tak.

Tak apalah. Sudah lepas. Sekarang yang aku mampu buat hanyalah bertawakal.

Mungkin Tuhan mahu menguji. Kifarah dosa. Aku tahu aku ada buat salah pada Dia minggu ini. Ini mungkin balasan dari Dia. Tak apa, aku redha.

Anyways, petang tadi selepas mengemas barang semua, aku buat dua lagi kad. Satu kad I Miss You, dan satu kad hari lahir. Oh, aku buka satu lagi blog untuk display kad-kad yang aku buat. Beria. Aku bukan tak mahu letak di sini tapi takut nanti blog ini penuh dengan kad saja tak ada entri-entri lain.

Doakan aku bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam tau. Dan aku benar-benar terharu dengan sokongan-sokongan kamu dalam entri aku sebelum ini :)

With that, 'kedai' dibuka dengan rasminya! HEEEE.

http://alinsaysart.blogspot.com

Tapi kad belum banyak lagi. Kamu selalu-selalu lawat, nanti banyak lagi kad aku akan buat. Ya, cuti aku memang akan occupied dengan ini.

November 25, 2008

Aku Mahu Kamu Semua Yang Baca Entri Ini Bagi Komen Ikhlas

Aku mahu tanya kamu satu soalan ini, dan kamu mesti berjanji akan jawab dengan jujur.

Janji?

Bagus.

Aku mahu tanya kamu, kalau aku jual handmade card aku macam di bawah ini, kamu rasa ada orang yang mahu beli tak? HEEE.









Kad bersaiz 4.5" x 6.0"
Made using very thick quality paper.
Aku buat kad ini untuk Encik Pundak :)

Sedang berkira-kira mahu memulakan bisnes kecil-kecilan handmade card di internet. Ini baru satu kad aku buat, insyaAllah lepas ini aku mahu pelbagaikan lagi design lain. Ecewah. Macamlah kreatif sangat pun.

Kamu rasa macam mana?

November 24, 2008

A baby is God's opinion that the world should go on - Carl Sandburg



Welcome to the world, Mohd Alif Azim :)

November 22, 2008

Michael Jackson Peluk Islam

Tadi baca di blog Kahuna, ayat terakhir entrinya, Michael Jackson masuk Islam.

Aku googled, dan aku sampai ke sini.

Alhamdulillah. Hidayah Allah turun pada sesiapa yang Dia kehendaki, kan.

November 21, 2008

Snippet #1

1. Bila balik rumah aku memang tak ada idea nak tulis apa di sini, jadi maaf kalau kamu menanti-nantikan entri terbaru. Bukan tak ada masa, tapi banyak aktiviti lain yang aku rasakan lebih menarik dari menulis di sini, seperti makan nasi kandar di Restoran Pelita, atau berkaraoke bersama keluarga. Kalau aku melayari internet pun sekadar mahu main Neopets.

2. Aku tak sabar mahu main Neopets puas-puas cuti ini.

3. Aku baru dapat anak buah baru, Alif Azim. Comel, nanti aku letak gambar di sini, sebab lupa bawa pulang cable kamera. Tapi bila aku tengok perut perempuan lepas bersalin, aku rasa aku tak boleh deal, since I'm counting calories and all right now, aku rasa aku harus lupakan saja niat mahu ada anak, sebab takut perut jadi macam itu lah. Sekarang pun perut out of proportion. Grr.

4. Tapi aku tetap rasa anak-anak itu comel. Ah, dilema.

5. Kalau mak aku baca nombor 3 mesti mak aku marah. HEE.

6. Hari lahir mak aku yang ke-46 pada 2 hari lepas. Mak aku celebrate dengan rebonding rambut. Aku teringin nak rebonding juga, tapi duit kena jimat-jimat sedikit.

7. Salman buat hal lagi.

8. Kertas aku yang seterusnya pada 27 November, Khamis depan. Dan itu kertas yang paling aku takuti, major aku - Reactor Design for Petrochemical.

9. Berangan macam mahu pulang ke UTP hari Khamis, tapi tengoklah, malam Sabtu aku masih di rumah. Buku tak buka langsung. Haih.

10. Aku pulang ke UTP Ahad ini. Mahu tonton Supernatural, Gossip Girl, Ghost Whisperer, dan America's Next Top Model minggu lepas, baru semangat mahu mula ulangkaji.

11. Bila aku tulis snippet macam ini, aku rasa ada bakat mahu jadi Tun M.

12. Oh, Emily dan Phoebe bakal menimang adik baru dalam bulan hadapan, atau mungkin awal tahun hadapan. Sebenarnya aku tak mahu beritahu lagi, tapi makin aku rahsiakan dari kamu, aku yang makin tak sabar.

13. Esok aku pulang ke kampung, ada kenduri kesyukuran sedikit.

14. Aku mahu menulis mengenai relationship, tapi aku rasa lebih baik aku pendam daripada aku menulis di sini dan semua akan judge aku dan kata aku ini tak pandai menghargai apa yang aku ada.

15. Sebab aku terlalu hargai dan terlalu sayanglah, aku tersilap memberi terlalu banyak peluang, tapi akhirnya aku rasa macam orang paling bodoh di dunia sebab aku terus-terusan disakiti.

16. Sudahlah, tak mahu menulis apa-apa pasal ini lagi.

17. Aku teringin mahu pergi ke tempat pembiakan penyu di Teluk Batik lepas baca blog Hidayah. Interesting sangat. You know I'm a sucker for those kind of places, kan. Kalau sesiapa selepas ini mahu pergi ke sana, ajaklah aku.

18. Aku tulis macam ini sebab aku tak ada idea mahu tulis apa. HEE.

19. Tidur dulu.

November 17, 2008

Toyota Quest For The Fuel-Efficient Engine Contest

Aku mahu promosikan pada kamu, satu laman interaktif yang aku rasakan sangat menarik.

Toyota Quest For the Fuel-Efficient Engine Contest


Macam ala-ala quest dalam game Harry Potter. HEE.
Pertandingan ini anjuran UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. dan akan berlangsung dari 13 Oktober ke 12 Disember 2008. Tak lama lagi je, kan.


Aku suka site ini sebab kreatif sangat. Quest dalam bentuk pop up book, macam dalam video clip Fergie, Clumsy. It's really cool.

Permainan ini mudah saja. Kamu hanya perlu menggunakan arrow button dan navigate kereta kamu, jangan langgar batu, dan jangan bagi raksasa makan kereta kamu. Haha.


Klik gambar untuk zoom in. Lambang Toyota itu akan memberikan kamu lebih mata. Dan Power Boost (yang berwarna hijau di sebelah raksasa itu) dapat bagi kereta kamu bergerak lebih laju. Kalau terlanggar batu nanti markah akan kena potong. Bergerak ke depan dan kumpul mata sampai kereta kamu habis minyak. Senang, kan? Kalau kamu rasa markah kamu belum cukup tinggi, kamu boleh main lagi, dan submit score di akhirnya.

But I suck big time in this kind of game. Blurgh!


Markah aku 2300 je. Itu paling tinggi aku boleh dapat.
Kamu boleh main game ini seberapa banyak kali pun, sampai kamu yakin markah kamu benar-benar cukup tinggi. Bila kamu rasa markah kamu cukup tinggi, kamu boleh submit score.
Kamu boleh tingkatkan point kamu juga dengan invite friends.
Hadiah memang cukup lumayan.


Best gila. If only 2300 points will win me that 4k. HEE.

Jadi kamu semua, jom main game ini ramai-ramai. Kita compete. Kamu hanya perlu print screen markah kamu, dan send pada aku di email z.ernida86@gmail.com dan jangan lupa inform aku di bahagian komen. Nanti aku letak print screen kamu di sini.

Kalau tak menang pertandingan ini pun, kita memang sesama kita pun seronok juga, kan :D

UPDATED!

Ranking markah terkini:
1. Aiman - 7100
2. Harith - 5700
3. Kamal - 5000++
4. Gta - 3840
5. Akma - 3100
6. Aku - 2300


p.s: Come on, come on. Tak kan baru 3 orang ini. Cepat-cepat send pada aku print screen markah kamu.

November 13, 2008

Kalau Ada Duit RM139, Apa Yang Kamu Nak Beli?

Kertas Operations Management sudah selamat aku jawab petang tadi. Alhamdulillah :)

-

And seriously, kamu masih tak mahu join?


RM11.70 dah, HEE.
Klik sini kalau mahu join.
Oh, tapi ini bukan tempat kamu untuk jadi kaya atau apa.
Ini komuniti untuk remaja.
Sambil-sambil lah, kan.

-

Ingat lagi tak aku pernah menulis pasal aku beli Benetint, a lip and cheek tint from Benefit? Masa ke Jogjakarta, aku terkejut sangat bila buka makeup bag aku habis Benetint aku tumpah. Rasanya cap dia pecah dalam kargo lagi.

Kecewa aku masa itu. Tumpah habis. Aku pakai pun tak luak lagi. Aku pernah baca review yang sebotol itu, boleh tahan sampai 3 tahun, walaupun kamu pakai hari-hari di bibir dan pipi.

Mana tak kecewa. Beli dengan duit gaji. RM139, aku ingat lagi. Beli dengan Farisya dan Kathy di Metrojaya, Midvalley. Memang tak semahal mana, tapi aku tetap sayang, itu duit titik peluh.

Mengeluh pun tak guna. Sudah tumpah.

Ada hikmahnya, mungkin.

Mungkin Benetint itu terlalu merah untuk aku, tak sesuai.

Mungkin juga Tuhan mahu aku beli Posietint. HEE.


Introducing, Posietint from Benefit :)
Mungkin sudah lama ada, tapi aku baru tahu tadi bila belek majalah Eh?
Retail at RM139, sama dengan Benetint, tapi warnanya poppy pink.
Benetint warnanya rosy, lebih merah.
OMG, nak! Kalau dekat Ipoh ada Benefit counter rasanya sudah lama aku beli.
Kebetulan minggu depan aku ke KL, ambil adik aku di KPTM, Cheras. Boleh pergi beli!

Tapi bila fikir-fikir balik, rasa sayang pula duit. Aku baru mula menyimpan, untuk travel lepas habis belajar bulan Jun tahun depan.

Ah, dilema. Kamu rasa aku patut beli tak?

November 12, 2008

Blythe Dolls Di Tasik UTP

Ingat lagi dengan Emily dan Phoebe?

Petang tadi bawa jalan-jalan di Tasik UTP. Dapat ambil angin petang. Penat study kena rehat-rehat juga.

Lama tak bawa dua beradik ini jalan-jalan, kan. Tengok gambarlah.


She's so gorgeous!


Phoebe, hop on!


Selesalah duduk sini petang-petang.


Boleh gosip-gosip.
You know you love me. XOXO.
:P


Tapi duduk atas rumput lagi best, tau.


Eh, dah senja. Jom balik. Lain kali kita datang lagi :)

November 11, 2008

Setakat Ini YouthSays Aku Sudah RM7.12, Kamu Pula Bagaimana?



Haha, bukti. Nanti ada orang kata aku tipu pula. Just try it yourself.
Apa salahnya, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kan.

Sign up here.